UJIAN ATAS TALIAN BAGI LANTIKAN TETAP 2026 - PT (P/O) GRED N1 - SET 1

1. Seorang pegawai meminta anda memberikan salinan rekod peribadinya kepada rakan sekerja beliau. Apakah tindakan paling sesuai? *

2. Anda mendapati terdapat kesilapan pada rekod cuti seorang pegawai. Apakah tindakan paling tepat? *

3. Seorang pegawai mendakwa permohonan cutinya telah diluluskan tetapi rekod dalam sistem belum dikemas kini. Apakah tindakan pertama yang wajar? *

4. Apakah tujuan utama fail peribadi pegawai diselenggara dengan teratur? *

5. Seorang pegawai meminta anda menyemak status kenaikan pangkatnya. Maklumat tersebut belum diumumkan secara rasmi. Apakah tindakan anda? *

6. Anda menerima dokumen yang berkaitan dengan tindakan tatatertib seorang pegawai. Apakah perkara paling penting? *

7. Seorang pegawai memaklumkan bahawa gajinya kurang daripada jumlah yang sepatutnya diterima. Apakah tindakan pertama? *

8. Anda mendapati seorang pegawai mungkin menerima elaun yang tidak sepatutnya. Apakah tindakan paling tepat? *

9. Apakah perkara paling penting ketika memasukkan data perubahan gaji seorang pegawai? *

10. Jika berlaku perbezaan antara rekod sistem dengan dokumen rasmi berkaitan gaji atau elaun, apakah tindakan terbaik? *

11. Apakah ciri paling penting bagi rekod perkhidmatan pegawai? *

12. Seorang pegawai meminta untuk melihat rekod perkhidmatannya. Apakah tindakan paling sesuai? *

13. Mengapakah pengurusan rekod HR memerlukan ketelitian yang tinggi? *

14. Seorang pegawai ingin menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak luar. Apakah perkara yang perlu diberi perhatian sebelum proses diluluskan? *

15. Selepas sesuatu kursus selesai, apakah rekod yang penting untuk dikemas kini? *

16. Sebuah jabatan mempunyai 120 orang kakitangan. Sebanyak 15% daripada kakitangan tersebut sedang menghadiri kursus. Berapakah kakitangan yang tidak menghadiri kursus? *

17. Sebuah pejabat mempunyai 8 kotak kertas. Setiap kotak mengandungi 5 rim dan setiap rim mempunyai 500 helai. Berapakah jumlah keseluruhan helai kertas? *

18. Harga sebuah kerusi pejabat ialah RM280. Jabatan membeli 15 buah kerusi. Berapakah jumlah bayaran? *

19. Peruntukan sebuah bahagian ialah RM25,000. Sebanyak 68% telah dibelanjakan. Berapakah baki peruntukan? *

20. Seorang pegawai bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan waktu rehat selama 1 jam. Berapakah jumlah masa bekerja sehari? *

21. Apakah nama pihak berkuasa tempatan yang mentadbir kawasan bandar Kuantan? *

22. Sebelum Kuantan diisytiharkan sebagai ibu negeri Pahang, manakah antara berikut merupakan ibu negeri rasmi Pahang yang pernah menjadi pusat pentadbiran British dan pusat ekonomi utama? *

23. Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi utama pihak berkuasa tempatan seperti MBK? *

24. Jika seorang penduduk membuat aduan berkaitan longkang tersumbat di kawasan perumahan, perkara tersebut secara amnya berkaitan dengan: *

25. Seorang penduduk membuat aduan mengenai sampah yang tidak dikutip mengikut jadual. Apakah tindakan paling sesuai bagi Pembantu Tadbir yang menerima aduan? *

26. Seorang peniaga ingin menjalankan perniagaan di kawasan yang tertakluk kepada peraturan MBK. Apakah perkara yang mungkin diperlukan? *

27. Antara berikut, yang manakah contoh aduan awam yang boleh berkaitan dengan perkhidmatan PBT? *

28. Salah satu sumber hasil pihak berkuasa tempatan ialah: *

29. Apakah tujuan utama kutipan cukai taksiran? *

30. Anda bertugas di kaunter MBK. Seorang warga emas tidak memahami prosedur permohonan. Apakah tindakan terbaik? *

31. Anda menerima aduan penduduk yang agak rumit dan tidak pasti bahagian mana yang bertanggungjawab. Apakah tindakan terbaik? *

32. Choose the correct sentence *

33. If yesterday was Monday, what day is tomorrow? *

34. Which sentence means that the person has already completed the work? *

35. Choose the word that does NOT belong *

36. Mary’s father has five daughters: Nana, Nene, Nini, Nono and…? *

37. Apakah antara isu ekonomi yang sedang diberi perhatian oleh rakyat Malaysia pada masa kini? *

38. Antara berikut, yang manakah merupakan teknologi yang semakin diberi penekanan dalam agenda pembangunan Malaysia? *

39. Antara berikut, yang manakah merupakan risiko perubahan iklim yang dihadapi Kuantan? *

40. Apakah maksud transformasi digital dalam perkhidmatan awam? *

41. Dalam The Lion King, apakah nama anak singa yang menjadi watak utama? *

42. Berikut penyanyi popular Malaysia yang merupakan kelahiran Negeri Pahang. Kecuali :- *

43. Saya mendapati terdapat kesilapan kecil dalam surat rasmi sebelum surat tersebut dihantar. Saya akan: *

44. Seorang kenalan meminta saya mempercepatkan urusannya kerana dia mengenali pegawai kanan dalam organisasi. Saya akan: *

45. Saya mendapati rakan sekerja mendapat pujian atas tugasan yang turut saya bantu siapkan. Saya akan: *

46. Jika terdapat konflik pendapat dalam kumpulan kerja, saya akan: *

47. Dalam satu pejabat terdapat 4 orang: Ali, Bakar, Chia dan Devi. *

• Ali datang sebelum Bakar.
• Chia datang selepas Ali tetapi sebelum Devi.
• Bakar datang selepas Devi.
Siapakah yang datang paling akhir?

48. Sebuah pejabat mempunyai 10 kerusi. Semua kerusi kecuali 3 telah dipindahkan ke bilik mesyuarat. Berapa kerusi yang masih berada di pejabat? *

49. Antara berikut, yang manakah merupakan acara dalam olahraga? *

50. Apakah nama temasya sukan kebangsaan Malaysia yang melibatkan atlet dari negeri-negeri di Malaysia? *