UJIAN ATAS TALIAN BAGI LANTIKAN TETAP 2026 - PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5

1. Saya tidak akan melaporkan kesalahan rakan sekerja kerana hubungan kerja perlu dijaga. *

2. Saya percaya arahan pegawai atasan perlu dipatuhi walaupun saya tahu arahan tersebut bercanggah dengan peraturan. *

3. Saya berasa tidak selesa apabila perlu membuat keputusan dalam keadaan maklumat belum lengkap. *

4. Saya lebih mementingkan menyelesaikan tugasan dengan cepat berbanding memastikan tugasan tersebut tepat. *

5. Saya boleh bekerja dengan baik walaupun berada dalam keadaan tekanan kerja yang tinggi. *

6. Saya tidak keberatan mengubah cara kerja apabila organisasi memperkenalkan sistem baharu. *

7. Jika saya tidak bersetuju dengan keputusan ketua, saya akan terus menyatakan bahawa keputusan tersebut salah di hadapan rakan sekerja. *

8. Saya sanggup melakukan kerja tambahan apabila keadaan memerlukan. *

9. Jika tiada siapa mengetahui kesalahan yang saya lakukan, saya tidak perlu melaporkannya. *

10. Saya berpendapat kejujuran lebih penting daripada cuba kelihatan sempurna di hadapan ketua. *

11. Saya akan menyemak semula kerja walaupun tiada arahan untuk berbuat demikian. *

12. Saya mampu mengekalkan ketelitian walaupun perlu menyiapkan tugasan dengan segera. *

13. Apakah situasi yang paling jelas menunjukkan conflict of interest? *

14. Apakah maksud whistleblowing dalam konteks integriti? *

15. Apakah maksud digital literacy dalam kalangan penjawat awam? *

16. Sebuah unit menerima 1,200 permohonan. Sebanyak 15% tidak lengkap. Daripada permohonan lengkap, 80% telah diproses. Berapakah permohonan lengkap yang masih belum diproses? *

17. Kos sesuatu program meningkat daripada RM160,000 kepada RM184,000. Berapakah peratus peningkatan kos tersebut? *

18. Lima orang pegawai memproses 600 permohonan dalam tempoh enam hari pada kadar yang sama. Berapakah permohonan yang dapat diproses oleh lapan orang pegawai dalam tempoh lima hari? *

19. Peruntukan dibahagikan kepada empat program mengikut nisbah 3:4:5:8. Jika jumlah peruntukan ialah RM400,000, berapakah peruntukan bagi program yang menerima bahagian kedua terbesar? *

20. Purata masa memproses lima permohonan ialah 18 minit. Empat permohonan pertama masing-masing mengambil masa 12, 15, 20 dan 23 minit. Berapakah masa bagi permohonan kelima? *

21. Antara berikut, yang manakah paling tepat menggambarkan kekuatan utama sektor pelancongan Pahang? *

22. Jika jumlah pelancong ke sesuatu destinasi meningkat tetapi pendapatan komuniti tempatan tidak meningkat, apakah kesimpulan paling tepat? *

23. Apakah kesan paling positif pelancongan kepada ekonomi setempat? *

24. MBK mahu meningkatkan populariti Kuantan sebagai destinasi pilihan. Apakah tindakan yang paling selaras dengan Strategi Pengukuhan Tarikan Kawasan Pelancongan dan Populariti Sebagai Destinasi Pilihan? *

25. Jika sebuah agensi kerajaan negeri ingin membangunkan produk pelancongan baharu, apakah perkara yang patut diberi perhatian terlebih dahulu? *

26. Apakah peranan paling penting kerajaan dalam pembangunan pelancongan? *

27. Jika promosi pelancongan berjaya menarik ramai pelancong tetapi infrastruktur tidak bersedia, apakah kesan yang mungkin berlaku? *

28. Ketua meminta anda mengubah tarikh penerimaan dokumen supaya kelewatan unit tidak kelihatan dalam laporan. Apakah tindakan terbaik? *

29. Pasukan perlu memilih antara dua tindakan berikut: *

Tindakan X: menyelesaikan masalah dengan cepat tetapi berisiko melanggar prosedur.
Tindakan Y: mengambil masa lebih lama tetapi sah, telus dan mempunyai kawalan risiko.
Apakah keputusan paling wajar?

30. Satu laporan perlu dihantar dalam masa dua jam, tetapi anda mendapati angka daripada dua sumber rasmi tidak sepadan. Apakah tindakan terbaik? *

31. MBK menganjurkan sebuah acara pelancongan berjaya menarik ramai pengunjung tetapi menyebabkan kesesakan dan peningkatan aduan. Apakah pendekatan paling sesuai? *

32. Anda mendapati laporan prestasi bulanan mengandungi perbezaan data antara dua unit. Apakah tindakan yang paling sesuai sebelum laporan dikemukakan? *

33. Semasa penyelarasan Kursus Bina Semangat, terdapat perubahan jadual pada saat akhir. Apakah tindakan anda sebagai penyelaras? *

34. Puan Salmah memaklumkan bahawa beban tugasnya semakin meningkat sehingga menjejaskan prestasi kerja. Apakah tindakan terbaik anda sebagai ketua? *

35. MBK bercadang melaksanakan sistem digital baharu bagi mempercepatkan urusan pelanggan. Apakah tindakan yang paling sesuai? *

36. Semasa menyediakan kertas cadangan, apakah maklumat yang paling penting untuk membantu pihak pengurusan membuat keputusan? *

37. Anda menerima arahan lisan yang didapati bercanggah dengan prosedur kerja yang sedang berkuat kuasa. Apakah tindakan yang paling sesuai? *

38. Satu aduan awam diterima berkaitan kelewatan proses permohonan lesen walaupun masih dalam tempoh piagam pelanggan. Apakah tindakan yang paling sesuai? *

39. Kakitangan anda mencadangkan kaedah kerja baharu yang dijangka dapat memendekkan masa pemprosesan permohonan. Apakah tindakan yang paling sesuai? *

40. Dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan PBT, penggunaan analisis data memberi manfaat kerana dapat: *

41. Apakah amalan yang paling membantu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap penyampaian perkhidmatan PBT? *

42. Rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Berikut merupakan suapan yang dianggap sebagai rasuah, KECUALI *

43. Encik Yusuf merupakan seorang kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan beliau juga merupakan atlet sukan Bola Sepak mewakili Kebangsaan. Beliau telah mendapat surat pelepasan untuk mewakili Malaysia untuk Pertandingan Bola Sepak Peringkat Negara. Kemudahan cuti apakah yang beliau mohon? *

44. Seorang pegawai Semenanjung yang diarahkan bertukar ke Sarawak akan menikmati elaun kemudahan berikut KECUALI: *

45. Yang manakah merupakan Misi Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)? *

46. Apakah maksud utama di sebalik pengenalan konsep Malaysia Madani oleh kerajaan? *

47. Seorang Penolong Pegawai Tadbir didapati menjalankan perniagaan jualan kosmetik secara dalam talian pada waktu pejabat tanpa sebarang kelulusan bertulis. Apakah peraturan spesifik di bawah Peraturan Tatatertib 1993 yang telah dilanggar oleh pegawai tersebut? *

48. Panduan asas pentadbiran sesebuah pejabat atau jabatan yang meliputi:- *

I. Pentadbiran am dan perkara perkhidmatan
II. Kemudahan perhubungan
III. Alat kelengkapan pejabat
IV. Rekod awam

49. Seorang pegawai menghantar permohonan urusan perkhidmatan tetapi terdapat satu dokumen sokongan yang tidak lengkap. Apakah tindakan PALING TEPAT? *

50. Mengapakah seorang PPT tidak sepatutnya membuat keputusan hanya berdasarkan “cara yang selalu digunakan”? *